Followers

Sponsored Links

Get Your Free Domain Here Web Hosting

Friday, November 27, 2009

Kejadian Di Petang Hari Raya Qurban


Lembu korban Pok Mat baru masuk

Tengah sedap makan...rumput segar agakmya..

Cucu tuan punya dah sampai

Budok kecik tu ah hok tepik kata..'ho tu toh!!'

Sesi buka pagor..untuk laluan si Lembu...

Byeeeee........!!!!!

27 Nov 09 - Tahun ni raya tak berapa meriah sikit sebab kami tak ada ambil bahagian dalam 'Qurban'...bukan tak mahu join tapi 'ayah teh' pasir panjang yang biasa kami qurban melaluinya agak uzur..so..bila dah last minit gini..takde lembulah jawabnya...insyaAllah tahun depanlah...

Pagi raya..just masak nasi tomato je...ambil mudah gak lah..Abang gi sembahyang raya dengan Nazeem kat surau 'dalang kapung'..katanya ada 4 ekor yang akan dikorbankan pagi tu..banyak tuh..so dia agak sibuk dengan ahli keluarganya..sebab proses 'pemotongan dan pembahagian daging' akan dilakukan secara beramai-ramai...:))..dan dengar cerita Kak F...dia dapat upah RM5 untuk hantar daging-daging korban ke rumah-rumah di sekitar kampung bersama Ika...(raya haji pun dapat duit..)

Aku bercadang dalam pukul 3.30 nak lah ke rumah mertuaku..(nak gi awal...Balqees pula tidur...tunggu dia jap..tu pun aku angkat je dia)..tapi..sedang bersiap-siap nak turun..Cheqna panggil..katanya ada lembu masuk kawasan rumah...siap oleh 'koner' ke kawasan tanah Che Pah..besar lembu tu..dah ada tag di telinga..aku dah agak..ni lembu Pok Mat yang dibela untuk dikorbankan..tentu tuannya cari kekgi..

Kami semua takut nak halau..tengok tanduk je masing-masing hanya berada di tangga..'kang kene sodok kang..dok pasa'...last-last ambik kamera dan snap je lah...mak try phone tuan punya lembu..alhamdulillah..mujur dia kata lembunya..

Yang bestnya...ada sorang budak kecil bila nampak je lembu tu dalam kawasan rumah...ayat dia...' ho..tu toh!..'...dengan suara yang kuat dan perasaan yang gumbire bila bertemu kembali...lembu tu pulak..'buat dek je...'..sibuk makan..pelahap juga dia makan..mungkin lapor dan makan sebelum dikorbankan esok..(mungkin masa anda membaca ni..lembu tu dah tiada...uhuk..uhuk...uhuk...sadiss tapi ia bahagia di alam sana...)Last-last..bila tuannya nak bawa pulang lembu tu..kami serentak sebut 'bye'...pastu gelak sama-sama sebab boleh 'bye' ke lembu tu...heheheeee...macam-macam....

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha




27 Nov 2009 - Sempena hari ini..ingin kami mengucapkan...

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...MAAF ZAHIR DAN BATIN"

kepada keluarga di sebelahku dan juga di sebelah suamiku khasnya, rakan-rakan seperjuanganku....serta semua umat Islam di serata pelusuk dunia amnya..


Wednesday, November 25, 2009

Lama tak post...


25 Nov 2009 - Agak lama gak aku tak buat posting..bukannya apa, tak sempat nak buka tenet..buka tapi dokleh ngadap betul..Balqees demam..(malam dia nak guna pc untuk tengok betul..betul..betul..)
Pagi tadi gi ambik Che Pah, Che Na and Nazeem kat airport..makan nasi dagang kat rumah (beli je..)..Pok Wei (adik mak) pun datang jumpa mak..
Petang pulak Abang Zamani and family sampai..balik berhari raya.
Malam ni boleh lah ngadap sikit-sikit..heheheeee...target nak cari ilmu blog yang lain-lain lagi..nanti boleh kongsi dengan geng-geng..

Monday, November 23, 2009

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sponsored Links

Download TV Software. It's safe to install Web Hosting
Related Posts with Thumbnails

Hj Embong Yusof (Al-Fatihah)

Hj Embong Yusof (Al-Fatihah)

Hjh Wook Hj Muda

Hjh Wook Hj Muda

Hj Nik Ghazali Ismail

Hj Nik Ghazali Ismail

Hjh Maznah Ismail

Hjh Maznah Ismail

Hok Rajing Update

Tulih ah sket...


ShoutMix chat widget
 

Siakap Stories...NOt onLy WoRDs....Ganuuu... Copyright © 2009 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Noeja Siakap Stories