
Kelek belaka hok cikgu wi.....

Buku Rekod Kemajuan Kak B

Pencapaian pertengahan tahun...

pencapaian akhir tahun..

Dapat beg lagi...tak payah beli dah tahun depan...

Pelbagai pensil yang diberi...budak-budak suka ah...

Amboi-amboi...senyum je..
15 Nov 09 - Hari ni Batrisyia (Kak B) hadir ke sekolah...(minggu lepas dia tak hadir 4 hari - sakit mata)...Alhamdulillah..selamat dah setahun dia di Prasekolah Nur Hannan, SK Padang Hiliran. Tahun depan masuk situ lagi..tapi umur berlainanlah..6 tahun daaa....
Syukur dan terima kasih kepada guru-guru serta pembantu yang turut sama meningkatkan prestasi anakku..dari awal tahun.(awal tahun aku tempatkan dia di Tadika Yayasan...Memandangkan aku agak sukar nak keluar ambil pada waktu pulang...12 pm..aku pun terpaksa meletakkan dia di sekolahku...)Kak B memang tak pandai langsung membaca..just sebut ta, ti, tu...bla..bla..bla...target aku pun masa tu hanya untuk dedahkan dia pada dunia persekolahan..bagiku biarlah dia merasai dunia keseronokan bermain dulu dengan pergaulan bersama rakan sebaya..bukan nak suruh dia jadi tip top pun..tidak terlintas untuk mendesak dia terus pandai...biarlah dia merasai dunia kanak-kanak dahulu...
Tapi alhamdulillah..syukur pada-Nya sebab dah beri satu bonus pada Kak B...dengan bimbingan guru kelasnya..Cg. Nor Azmawati, Cg. Zaharah, guru-guru lain...(maaf aku tak ingat siapa ajar kelas Ibnu Sina ni..) serta 2 pembantu prasekolahku..Pn.Nik Azita dan Pn. Faridah...Kak B telah dapat membaca dengan baik serta membaca Al-Quran dengan 'sudah mengenal'..di rumah Kak B diajar oleh ibuku...guru Quran juga...:)))....
Hari ni dia mendapat beberapa hadiah dari gurunya sempena akhir tahun...sukanya dia 'dapak wak balik beg'...siap boleh kata..'adik besar nanti, boleh bawa beg ni gi fardhu ain..'(rasanya dang lebu dulu beg tu...)heheheeee....
0 comments:
Post a Comment